KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang atas pertuduhan melakukan amang seksual, pempengaruh media sosial dikenali sebagai "CEO Batu" didakwa lagi, kali ini di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya, dua bulan lepas.